Rindu saat ini...^_^
‘Kahwin muda‘, 1 topik yang sudah menjadi klise kepada mana-mana si teruna dan dara. Dahulunya method ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman globalisasi ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?
‘Kahwin muda‘, 1 topik yang sudah menjadi klise kepada mana-mana si teruna dan dara. Dahulunya method ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman globalisasi ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?
Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika
dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan
kebaikannya :
*1 Tuntutan agama
Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah
cukup syarat-syarat zahir dan batinnya. Berkahwin juga termasuk amalan
sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi.
Paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak
soleh yang mendoakan untuk kita apabila di alam kubur nanti. Jika agama
menggalakkan, mengapa kita harus melengah-lengahkannya?
KELEBIHAN NIKAH
saat akad nikah~dapat PAHALA!
suami peluk isteri~dapat PAHALA!
cium isteri~dapat PAHALA!
renung isteri~dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri~PAHALA!
suami pegang isteri ~PAHALA!
suami marah isteri(untuk menegur)~PAHALA!
suami imamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!
suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA!
suami setubuh isteri~PAHALA!
main kenyit2 mata dengan isteri~PAHALA!
Allhhurabbi..SERONOKNYA.
*2 Mengelak daripada zina
Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi di zaman
sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang
melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi. Jika harapkan ideologi kolot
di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai kerja,
sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah menjengah 29 tahun.
Bayangkan derita yang perlu ditanggung selama 10 tahun sebelum sampai
waktu itu? Anak muda sekarang: SMS dan bergayut tak henti, berpegangan tangan, menonton wayang midnight, bukankah
itu boleh membangkitkan nafsu dan membawa kepada zina? Solusinya ialah
menyegerakan akad nikah agar tidak terus terlanjur. Ia bukan sahaja
dapat mengelak hubungan luar nikah, malah kes kahwin lari dan pembuangan
bayi juga boleh diatasi.
*3 Menjadi lebih bertanggungjawab
Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah menjadi anak
kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekerja atau belajar sambil
lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga
tercinta.
*4 Menimbulkan ketenangan jiwa
Jika bertanya kepada mereka yang sudah beristeri/ bersuami, mereka pasti
menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam perkahwinan. Ketenenangan
yang dirasa sukar difahami dan diterjemah dalam kata. Ya, memang ada
ketikanya pening kepala memikirkan tentang kerenah pasangan, assignment,
ansuran kereta, sewa rumah; tetapi semua ini diubati dengan seorang
peneman yang sedia menjadi bahu tempat bersandar, dan menjadi rakan di
kala suka dan duka. Kehadiran seorang cahaya mata yang comel akan
menyerikan lagi mahligai yang dibina
*5 Fikiran lebih matang
Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing
kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan,
membaca komik atau ber-facebook, dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.
*6 Membaiki diri
Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan
mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah
menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa
zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah
rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara
berjemaah andai ada kelapangan masa.
*7 Plan jangka panjang
Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum
sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai
kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas,
ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri
bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan.
*8 Seks yang lebih berkualiti
Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah
anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah
berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda
berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk
tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.
*9 Rezeki bertambah
Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah
kerana kebutuhan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan
rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang
selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan
membebankan hambanya melebihi apa yang bisa ditanggung oleh mereka.
Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan
datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan
dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada
rahmat-Nya.
*10 Jangan tunggu lama-lama
Pasti ada di kalangan anda yang sudah mempunyai kekasih, bukan? Jika
benar anda menyayanginya dan berkongsi hidup dengannya, mengapa harus
ditunggu lagi? Ingat, sekarang ini ramai lelaki hidung belang. Bila-bila
masa sahaja bunga anda boleh dirayu sang kumbang sial. Andai itu
berlaku, gigit jari sajalah.
* * *
Jika anda sudah menemui si pengarang jantung hati yang mencintai anda seadanya,
yang bersama anda di kala panas atau hujan,
yang sudi melengkapi kekurangan anda,
yang anda yakin untuk dibawa bertemu orang tua anda,
yang akan melahirkan zuriat anda
yang anda akan melangkah ke syurga bersamanya…
Apa ditunggu lagi??
Hantarkan rombongan meminang secepat yang mungkin! :)
sumber : SINI
puan noyue setuju sangat dengan artikel ni...
JOM KAHWIN MUDA..!!! ^_^
No comments:
Post a Comment