Monday, 25 February 2013

JOM KAHWIN MUDA !!!

Rindu saat ini...^_^

Kahwin muda‘, 1 topik yang sudah menjadi klise kepada mana-mana si teruna dan dara. Dahulunya method ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman globalisasi ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?
Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya :
*1 Tuntutan agama
Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya. Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi. Paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila di alam kubur nanti. Jika agama menggalakkan, mengapa kita harus melengah-lengahkannya?
KELEBIHAN NIKAH
saat akad nikah~dapat PAHALA!
suami peluk isteri~dapat PAHALA!
cium isteri~dapat PAHALA!
renung isteri~dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri~PAHALA!
suami pegang isteri ~PAHALA!
suami marah isteri(untuk menegur)~PAHALA!
suami imamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!
suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA!
suami setubuh isteri~PAHALA!
main kenyit2 mata dengan isteri~PAHALA!
Allhhurabbi..SERONOKNYA.

*2 Mengelak daripada zina
Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi. Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai kerja, sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah menjengah 29 tahun. Bayangkan derita yang perlu ditanggung selama 10 tahun sebelum sampai waktu itu? Anak muda sekarang: SMS dan bergayut tak henti, berpegangan tangan, menonton wayang midnight,  bukankah itu boleh membangkitkan nafsu dan membawa kepada zina? Solusinya ialah menyegerakan akad nikah agar tidak terus terlanjur. Ia bukan sahaja dapat mengelak hubungan luar nikah, malah kes kahwin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi.
*3 Menjadi lebih bertanggungjawab
Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekerja atau belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta.
*4 Menimbulkan ketenangan jiwa
Jika bertanya kepada mereka yang sudah beristeri/ bersuami, mereka pasti menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam perkahwinan. Ketenenangan yang dirasa sukar difahami dan diterjemah dalam kata. Ya, memang ada ketikanya pening kepala memikirkan tentang kerenah pasangan, assignment, ansuran kereta, sewa rumah; tetapi semua ini diubati dengan seorang peneman yang sedia menjadi bahu tempat bersandar, dan menjadi rakan di kala suka dan duka. Kehadiran seorang cahaya mata yang comel akan menyerikan lagi mahligai yang dibina
*5 Fikiran lebih matang
Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook,  dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.
*6 Membaiki diri
Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.
*7 Plan jangka panjang
Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan.
*8 Seks yang lebih berkualiti
Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.
*9 Rezeki bertambah
Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kebutuhan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang bisa ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.
*10 Jangan tunggu lama-lama
Pasti ada di kalangan anda yang sudah mempunyai kekasih, bukan? Jika benar anda menyayanginya dan berkongsi hidup dengannya, mengapa harus ditunggu lagi? Ingat, sekarang ini ramai lelaki hidung belang. Bila-bila masa sahaja bunga anda boleh dirayu sang kumbang sial. Andai itu berlaku, gigit jari sajalah.
*  *  *
Jika anda sudah menemui si pengarang jantung hati yang mencintai anda seadanya,
yang bersama anda di kala panas atau hujan,
yang sudi melengkapi kekurangan anda,
yang anda yakin untuk dibawa bertemu orang tua anda,
yang akan melahirkan zuriat anda
yang anda akan melangkah ke syurga bersamanya…
Apa ditunggu lagi??


Hantarkan rombongan meminang secepat yang mungkin! :)
 
 
 
 
sumber : SINI 








puan noyue setuju sangat dengan artikel ni...
JOM KAHWIN MUDA..!!! ^_^

Sunday, 24 February 2013

BB1M

Salam semua....
Inilah buktinya puan noyue dah dapat BB1M...
Korang ada???
Hahahaha

BIRTHDAY 23

salam semua...
semalam, 23/2 adalah besday puan noyue tau...
alhamdulillah, masih ramai yang mendoakan puan noyue...
yang ramainya mendoakan semoga cepat2 dapat anak...
ok fine, nak buat macam manakan kalau bukan rezeki lagi...
kami bukannya buat family planning ke apa, tapi hanya Allah yang lebih mengetahui..
mungkin Allah mengetahui yang puan noyue tak mampu nak pregnant time blajar ni kan???
think possitive okay..^_^

tapi, harap2 ada rezeki nanti...
puan noyue nak jugak merasa bawak baby dalam perot ni usung2 g kelas...
hehehe..
bukan senang tau nak ada pengalaman macam tu...
hanya yang terpilih sahaja...
okay la, cepat2 doakan puan noyue okay...^_^

okay2, cakap pasal besdaykan???
korang tau tak, alhamdulillah encik suami masih menhargai N menyayangi diri ni...
dialah orang first yang ucapkan besday N memberikan hadiah...
thank you my hubby..=)

selain tu, puan noyue dapat baucer rm250 daripada kerajaan malaysia hasil duit mak ayah kita yang bayar cukai okay...
balik2 ambik baucer terus encik suami cakap nak beli buku...
suka bebenor suami aku baca buku..
hahaha..
buruk siku sbb mintak tukar ngan hadiah...
tapi, daripada tersadai baucer tu nanti, baiklah bagi encik suami beli buku...

hadiah yang paling istimewa puan noyue dapat ialah doa daripada sahabat2 sekalian...
thanks you allsss.....^_^



JOM KITA BERJIMBA MENGHABISKAN BAUCER BUKU...*_*

Thursday, 7 February 2013

KEK COKLAT KUKUS

Salam semua...
hari ni noyue rase macam nak kongsi resipi la...
jom kita scroll lagi..^_*


Bahan-bahan
375 gram butter (dicairkan dengan api yang sederhana)
2 cawan gula halus
1 tin susu cair
4 biji telur (dipukul)
1 cawan serbuk coklat (diayak)
2 cawan tepung gandum (diayak)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh soda bikarbonat (diayak)
1 sudu teh baking powder (diayak)

cara-cara
* campurkan butter, gula, susu cair dan kacau sehingga hancur dan sebati.
* campurkan telur dan esen vanilla dan kacau lagi.
* masukkan bahan2 yang telah di ayak. ( tepung gandum, serbuk coklat, baking powder dan soda bikarbonat)
* kacau sehingga sebati dan masukkan ke dalam acuan yang telah disapu butter.
* kukus sehingga masak dengan api yang sederhana.


SELAMAT MENCUBA...^_^

Friday, 1 February 2013

AKU DAN DIA!

Salam semua... Ok la, hari ni saya rasa macam nak coretkan macam mana perkenalan saya dengan  encik suami... Baca baik2 tau... Heeeee~~

First kenal rasanya masa tahun 2005 kot... Tapi x jumpa face to face pon... Just kenal kat alam maya n tau dia abang kepada senior saya sekolah dulu... Start dari situ kenal n kami tak pernah sekali pon terputus hubungan walaupun time tu saya x ada handphone sendiri... Masa tu just anggap dia macam abang je sebab memang tak de hati n perasaan pon kat dia... Heehe...

Lepas saya ada handphone je, kitaorang pon contact guna message n dah jarang guna alam maya sebab encik suami ni susah nak on9... Even dah contact ikut message, belajar kat U yang bersebelahan, daerah yang sama tapi kitaorang tak pernah jumpa tau...

Sampai la tahun 2011, saya ni gedik2 mintak hadiah beday kat dia.. Hehehe.. Nampak sangat mengada2kan tapi sebenarnya saya gurau je n x sangka dia nak bagi betul2.. Siap tanya bagai saya nak hadiah apa... Huhu.. Masa tarikh beday saya 23/2 yang kitaorang ingat nak jumpa tu, kebetulan saya x sihat.. So, x dapat lagi la hadiah tu.. Sampai la saya sihat n last skali kitaorang plan nak jumpa masa bulan 16/4... Masa tu saya tengah study week rasenye n dia tanpe segan silu datang jumpa saya kat asrama dengan bawak hadiah untuk saya... Katanya hadiah beday, walaupun dah berbulan lepas...

So, itulah first time kitaorang jumpa... Lepas tu la segalanya berubah... Haha.. Daripada message guna 'sy n awk' jd la 'prince n princess'.. Hakhak.. Sampai la dia terus terang, saya bagitau kat my family n dia dengan gentle man datang ke rumah saya... (nampak keikhlasannya kat situ nak berkawan dengan saya)

Tak sampai setahun, dia datang dengan family dia time raya... Secara tak rasminya dah jadi merisik n bertunang n lastly masa bulan 1 2012, parents dia aka mertua saya la, datang bincang tarikh untuk buat majlis kahwin... So, kata putusnya bersetuju untuk buat majlisnya bulan 3 n tarikhnya kami berdua yang decide... Huhu.. So, di sebabkan x nak serabut dengan cuti sekolah, kami pilih tarikh 030312 sebabnya 0403 adalah hari cuti bagi negeri terengganu...

Habis final exam bulan 1, barulah kitaorang buat preparation.. Masa tu la baru pergi ambik kursus kawen, buat ujian hiv n settlekan semua borang... Oleh sebab umah kitaorang dalam daerah yang sama, so xdelah rumit sangat nak settlekan borang... N sampai la tarikh 030312, tepat jam 10 pagi TENGKU ABDUL WAFI BIN CHE KU ABU BAKAR sah menjadi suami kepada NORUL IBTISAM BINTI A.RAHMAN dengan hanya sekali lafaz... alhamdulillah n sekarang usia perkahwinan kami dah hampir 11 bulan...

Tanpa disangka2 orang yang di anggap sebagai abang ini telah menjadi suami ku... Alhamdulillah, Allah telah menemuka saya dengan seorang insan yang baik budi pekertinya, jujur n ikhlas menerima saya...^_^

Doakan semoga jodoh kami berpanjangan hingga ke syurga..*_^

Wednesday, 30 January 2013

ENTRY 1

salam semua....
saya kembali dengan blog yang baru disebabkan blog lama saya dah terdelete...
agak sedih jugak la sebabnya banyak kenangan di awal perkenalan dengan encik suami yang dicoretkan dalam blog tu...
mungkin ada hikmahnya blog tu terdelete....


moga2 dengan kehadiran blog baru ini akan menambahkan orang baru diantara kami...^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...